PROGRAM ICT BERSAMA PELAJAR

Aktiviti terkini | 24 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Agama Ittifakiah

Tujuan :
• Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
• Memberi pengetahuan dan ilmu kepada pelajar tentang pentingnya penggunaan Internet dengan betul.
• Mengeratkan lagi siratulrahim Staff Pusat Internet dengan pihak sekolah tanpa mengira kaum dan peringkat umur.
• Mempromosikan lagi perkhidmatan di Pusat Internet serta hebahan tentang kewujudan dan kepentingan Pusat Internet kepada Pelajar dan guru.
• Memberi peluang untuk staff PI mengenali, bekerjasama, beramah mesra serta bekerjasama bersama Pihak sekolah yang berkaitan dengan ICT atau yang berkaitan.

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat Pemahaman tentang keselamatan komputer dengan betul.
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :