Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Tenang Besut terletak dalam Daerah Besut Terengganu Darul Iman yang jaraknya lebih kurang 131 KM ke barat laut Kuala Terengganu.

Rancangan ini mula dibangunakan dalam tahun pembangunan 1922/1963 dengan keluasan tanaman seluas 1168.62 Hektar. Daripada jumlah ini seluas 199.01 hektar ditanam dengan pokok getah dan 969.45 hektar ditanam dan pokok kelapa sawit dan 127.62 hektar.

Selain itu, selebihnya dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Peringkat 01 pada mulanya ditanam dengan pokok getah telah ditukar kepada pokok kelapa sawit mulai pada program tanam semula 1987/1988.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Aktiviti Terkini | 27 November 2017

Pelajar diberikan pendedahan tentang Pusat Internet 1Malaysia dan perkataan yang berkaitan dengan ICT serta cara permainan...baca selanjutnya

Hari Perasmian PI1M Felda Tenang

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lebih mendalam cara penggunaan 3D printer secara betul. Antaranya, mempelajari software penggunaan 3D printer....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Peserta berkumpul di dalam Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tenang. Aktiviti ini bermula pada pukul 4.00 petang hingga 5.00 Petang. Pelajar diberikan pendedahan tentang Pusat Internet 1 Malaysia, peralatan yang ada di Pusat Internet 1 Malaysia dan cara menggunakan puzzle online....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA BERTEMAKAN HARI KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 06 Ogos 2017

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid guru-guru. Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif....baca selanjutnya

GAME PUZZLE CELIK MINDA

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2017

Tujuan pertandingan game puzzle ini dijalankan bertujuan untuk mencungkil bakat dalam pengetahuan mereka dalam pemahaman tentang PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEREKA KAD UCAPAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 14 - 17 Jun 2017

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dalam pengetahuan mereka dalam pemahaman tentang ICT. Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dan mewujudkan suasana ceria Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ ICT

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2017

Tujuan pertandingan kuiz ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dalam pengetahuan mereka dalam pemahaman tentang ICT. Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dan mewujudkan suasana ceria Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenang serta dapat mengeratkan silaturahim staff PI1M dengan Ahli P1IM Felda Tenang....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA PDK FELDA TENANG

Aktiviti Terkini | 10 April 2017

Program ini dapat mewujudkan suasana ceria Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenang dan mengeratkan silaturahim staff pi1m dengan guru dan pelajar PDK selain dapat mendedahkan pelajar PDK tentang warna dan penggunaan komputer dengan betul....baca selanjutnya

GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI PI1M

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2017

Aktiviti ini akan mewujudkan suasana ceria Pusat Internet 1Malaysia Felda Tenang. Ativiti ini akan mengeratkan silaturahim staff PI1M dengan masyarakat sekitar dan untuk menarik minat kalangan masyarakat untuk berkunjung ke PI1M Felda Tenang....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti