Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Tenang Besut terletak dalam Daerah Besut Terengganu Darul Iman yang jaraknya lebih kurang 131 KM ke barat laut Kuala Terengganu.

Rancangan ini mula dibangunakan dalam tahun pembangunan 1922/1963 dengan keluasan tanaman seluas 1168.62 Hektar. Daripada jumlah ini seluas 199.01 hektar ditanam dengan pokok getah dan 969.45 hektar ditanam dan pokok kelapa sawit dan 127.62 hektar.

Selain itu, selebihnya dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Peringkat 01 pada mulanya ditanam dengan pokok getah telah ditukar kepada pokok kelapa sawit mulai pada program tanam semula 1987/1988.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM PEMERIKSAAN MATA SECARA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 08 Disember 2018

Program ini juga memberi potongan harga sebanyak 70% dan bingkai cermin mata secara percuma kepada penduduk yang dating untuk membuat pemeriksaan mata....baca selanjutnya

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Aktiviti Terkini | 22 November 2018

Sambutan ini diadakan sempena Maulidur Rasul yang terdiri daripada Pusat Internet Felda Tenang, Pejabat Felda Tenang serta penduduk Felda Tenang yang diadakan di Dewan Nurul Ihsan Felda Tenang.....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2018

Program diadakan di Pusat Internet Felda Tenang. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dijalankan dengan mengadakan pertandingan dan aktiviti sukan di kalangan golongan dewasa iaitu pertandingan gubahan dan sukaneka....baca selanjutnya

SEMARAK KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Pertandingan ini dianjurkan pada peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SKLKTP Tenang secara menyeluruh. Aktiviti ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang...baca selanjutnya

PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Aktiviti ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 1.00 petang. Aktiviti ini melibatkan Ahli Pi Felda Tenang serta Staff ia bertujuan mengeratkan hubungan erat dan mesra amat penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi sesebuah komuniti....baca selanjutnya

AKTIVITI TEKA PERKATAAN (ICT)

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Aktiviti ini berpeluang melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik dan untuk membentuk sahsiah diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian....baca selanjutnya

PROGRAM HARI RAYA FELDA TENANG

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2018

Program diadakan di Dewan Nurul Ihsan Felda Tenang. Aktiviti ini bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini adalah kerjasama antara PI1M Felda Tenang dan Pej Felda Tenang....baca selanjutnya

PROGRAM SIRI SIRAH NABI S.A.W

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2018

Penghayatan Sirah Nabi memudahkan kita memahami dan menghayati kandungan kitab suci (Al-Quran) dan dapat merasai kemanisan dan kehendak al-Quran....baca selanjutnya

PROGRAM TEKA BILANGAN GETAH

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Program diadakan di dalam Sek Keb Lubuk Kawah Besut sempana Himpunan Komuniti Hulu Besut. Aktiviti ini bermula pada pukul 09.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini adalah kerjasama antara PI1M Felda Tenang dengan pemuda dan peteri dun Hulu Besut. Permainan mencari perkataan tersembunyi merupakan salah satu permainan mengasah minda yang sangat meminatinya....baca selanjutnya

PROGRAM MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI BERTULIS

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Program ini adalah kerjasama antara PI1M Felda Tenang dengan Felda serta pasukan bomba. Permainan mencari perkataan tersembunyi merupakan salah satu permainan mengasah minda yang sangat meminatinya....baca selanjutnya

PROGRAM MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2018

Program ini bertujuan memberikan perkhidmatan dengan mendekati pelanggan terutamanya kepada pelanggan yang berada jauh dari pejabat KWSP...baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018

Pertandingan ini bertujuan untuk melatih serta mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dan dapat memudahkan pertukaran pengetahuan di antara pelajar dan dapat menyediakan pelajar suatu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti