Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Tenang Besut terletak dalam Daerah Besut Terengganu Darul Iman yang jaraknya lebih kurang 131 KM ke barat laut Kuala Terengganu.

Rancangan ini mula dibangunakan dalam tahun pembangunan 1922/1963 dengan keluasan tanaman seluas 1168.62 Hektar. Daripada jumlah ini seluas 199.01 hektar ditanam dengan pokok getah dan 969.45 hektar ditanam dan pokok kelapa sawit dan 127.62 hektar.

Selain itu, selebihnya dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Peringkat 01 pada mulanya ditanam dengan pokok getah telah ditukar kepada pokok kelapa sawit mulai pada program tanam semula 1987/1988.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM PEMBAHAGIAN BANTUAN BANJIR

Aktiviti Terkini | 08 Disember 2019

Program ini adalah untuk membantu meringankan beban mangsa banjir akibat banjir yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda....baca selanjutnya

PROGRAM KAHOOT IT

Aktiviti Terkini | 15 November 2019

Program ini untuk membentuk sahsiah diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian....baca selanjutnya

PROGRAM KARNIVAL TS25 SKLKTP TENANG

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2019

Program seumpama ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan dan kerjasama yang erat dikalangan warga Felda Tenang Besut serta guru SK LKTP Tenang....baca selanjutnya

PROGRAM ASYURA PERINGKAT FELDA TENANG

Aktiviti Terkini | 19 September 2019

Program ini diadakan untuk melaksanakan satu program kearah memenuhi keperluan semasa dan membentuk akidah serta menghayati bulan muharam yang penuh dengan keberkatan....baca selanjutnya

MEREKABENTUK POSTER SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2019

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang....baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA PELAJAR

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2019

Program diadakan di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah.Aktiviti ini bermula pada pukul 3.00 petang hingga 5.30 petang.Aktiviti ini melibatkan Semua Pelajar Sekolah SMA Ittifaqiah dan juga semua guru.Program ini diadakan semperna hari kokurikulum dan keusahawanan....baca selanjutnya

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2019

Majlis diadakan di Dewan Nurul Ihsan Felda Tenang. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan melibatkan Semua Komuniti Felda Tenang termasuklah agensi-agensi serta NGO dan Sekolah SKLKTP Tenang. Majlis ini bermula dengan ucapan dari VIP serta Pengurus Felda Tenang Besut....baca selanjutnya

MEREKABENTUK SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2019

Aktiviti yang diadakan adalah menghasilkan sampul raya bertemakan semperna Hari Raya yang akan menjelma. Ahli-ahli Pusat Internet diberikan pendedahan cara untuk menghasilkan sampul raya dengan merujuk youtube....baca selanjutnya

MEWARNA ONLINE BERSAMA PDK FELDA TENANG

Aktiviti Terkini | 17 April 2019

Program ini dijalankan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 1 petang. Pelajar PDK dan guru diberikan pendedahan cara untuk menggunakan komputer dengan betul. Program ini berlangsung di Pusat Internet Felda Tenang. Aktiviti ini melibatkan 15 orang pelajar PDK Felda Tenang dan 4 orang guru PDK. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mewarna online....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA TADIKA KEMAS KG. KERUAK

Aktiviti Terkini | 07 Mac 2019

Program ini berlangsung di Pusat Internet Kg Keruak Besut yang melibatkan beberapa wakil dari pusat internet yang lain. Aktiviti ini melibatkan 30 orang murid tadika Kemas di Felcra Keruak. Aktiviti yang dijalankan termasuklah puzzle, mewarna, Rapid typing, dan typing kids....baca selanjutnya

Aktiviti Menyusun Kepingan Puzzle

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan iaitu seramai 3 orang untuk setiap kumpulan yang menerima puzzle kertas untuk dicantumkan menjadi satu imej yang lengkap..baca selanjutnya

Program Gotong-royong PDK Felda Tenang

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2019

Program gotong royong ini dijalankan di Pusat PDK Felda Tenang melibatkan semua warga penduduk Felda Tenang, Guru PDK, murid-murid PDK serta petugas Pusat Internet Felda Tenang...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti