Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Tenang Besut terletak dalam Daerah Besut Terengganu Darul Iman yang jaraknya lebih kurang 131 KM ke barat laut Kuala Terengganu.

Rancangan ini mula dibangunakan dalam tahun pembangunan 1922/1963 dengan keluasan tanaman seluas 1168.62 Hektar. Daripada jumlah ini seluas 199.01 hektar ditanam dengan pokok getah dan 969.45 hektar ditanam dan pokok kelapa sawit dan 127.62 hektar.

Selain itu, selebihnya dimajukan sebagai kawasan perkampungan. Peringkat 01 pada mulanya ditanam dengan pokok getah telah ditukar kepada pokok kelapa sawit mulai pada program tanam semula 1987/1988.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


CYBERTALK@SCHOOL (KLIK DENGAN BIJAK)

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2023

Program Cybertalk diadakan di Dewan Makan Asrama SMK Bukit Payung. Seramai 200 pelajar terlibat dalam program ini....baca selanjutnya

KELAS MEWARNA ONLINE DI PEDI TASEK MENGKUANG

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2023

Kelas Mewarna Online Bersama Pelajar-Pelajar Tadika Kemas Gong Nangka...baca selanjutnya

KELAS ASAS DIGITAL MARKETING TIKTOK SHOP SIRI 1 (DIGITAL MARKETING)

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2023

Kelas Asas Digital Marketing Tiktok Shop Siri 1 (Digital Marketing) Bersama usahawan-usahawan komuniti PEDi Felda Tenang...baca selanjutnya

TAKLIMAT PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI BAWAH PROGRAM SKIM PEMBIAYAAN MIKRO (MICRO-FINANCE SCHEME PROGRAMME)

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2023

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tenang mengadakan taklimat pembiayaan kepada usahawan sekitar yang disampaikan oleh wakil staff Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)...baca selanjutnya

KELAS TIKTOK DI PKD TERATAK BATU

Aktiviti Terkini | 12 April 2023

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tenang mengadakan Kelas asas Tiktok Shop di PKD Teratak Batu....baca selanjutnya

JUALAN TERUS DARI LADANG

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2023

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tenang membawa usahawan yang terpilih untuk menyertai program anjuran Fama ..baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN: KELAS SABUN BASUH PINGGAN ORGANIK

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tenang menjalankan kelas kelas sabun nasuh pinggan organic bertemoat di PEDi Felda Tenang oleh Puan Zue...baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN: PERSONAL COACHING- RANCANGAN PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2023

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tenang menjalankan kelas usahawan secara personal coaching dalam cara menyediakan rancangan perniagaan (RP)...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti